ASSALAMUALAIKUM....NAMA ANA IALAH NUR.....
MOGA2 CATATAN YANG ADA DI SINI BOLEH KITA JADIKAN SEBAGAI PEGANGAN.
INSYAALLAH. :)
BISMILLAHIROHMANIROHIM...........DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH,MAHA PENYAYANG...
*10 PESANAN IMAM SYAFIE' YANG PERLU DIIKUTI OLEH UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.*
Sebelum IMAM SYAFIE' wafat ,beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat ISLAM umumnya.Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:"
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keaddan selamat mala hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:-
1- Hak kepada diri iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan,percakapan dan be...rpada-pada dengan rezeki yang ada.
2- Hak kepada malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan2 yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.
3- Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah,tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4- Hak kepada Munkar dan Nakir iaitu tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5- Hak kepada Mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat) iaitu menahan kemarahan,banyak berzikir,mengiklaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
6- Hak kepada Sirak(titian yang merintangi neraka pada hari kiamat) iaitu membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang beriman,dan suka berjamaah.
7- Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka) iaitu menangis lantaran takutkan ALLAH S.W.T,berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8- Hak kepada Ridhzuan(malaikat penjaga syurga) merasa redha kepada qadha 'ALLAH ,bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9- Hak kepada Nabi Muhammad SAW iaitu perbanyakkan berselawat keatasnya,berpegang dengan syariat,bergantung kepada Al-Sunnah(Hadith) ,menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
10- Hak kepada ALLAH S.W.T iaitu mengajak manusia ke arah kebaikkan,mencegah dari kemungkaran,menyukai ketaatan,dan membenci kemaksiatan.
SEKIAN WASALAM........... :D